Game HostingHosting

Kekeliruan Hosting Malaya VS Malaya Hosting

hosting malaya vs malaya hosting

Post kali ini khas untuk membincangkan berkenaan kekeliruan Hosting Malaya VS Malaya Hosting. Saya wujudkan posting ini disebabkan oleh terdapat beberapa prospek kami yang mempersoalkan kredibiliti dan reliabiliti Hosting Malaya terhadap servis yang ditawarkan oleh Hosting Malaya.

Sebelum ini, ada juga yang bertanyakan soalan yang lebih kurang sama disebabkan oleh salah satu posting review yang pernah menggunakan Malaya Hosting pada tahun 2013 yang boleh anda lihat pada forum rAthena. Anda boleh lihat topik forum tersebut pada link disini : https://rathena.org/board/topic/85087-malaya-hosting-sucks.

Hosting Malaya VS Malaya Host

Topik forum tersebut dibuat pada 18 Julai 2013, dimana pada waktu itu Hosting Malaya-Web Hosting & Game Hosting Solution masih belum saya wujudkan lagi. Hosting Malaya mula ditubuhkan bermula pada akhir tahun 2015 dan masih lagi beroperasi sehingga kini. Jenama ‘Hosting Malaya’ juga saya ilhamkan daripada target audien yang saya fokuskan kepada prospek di Asia.

Sebenarnya, saya telah perasan sejak tahun 2016 lagi berkenaan jenama ‘Malaya Hosting’ ini, tetapi saya nekad untuk tetaip menaikkan jenama Hosting Malaya disebabkan saya yakin dengan jenama yang terbit dari hati saya sendiri. Sejujurnya berhari-hari fikir untuk mendapatkan ‘nama’ untuk Hosting Malaya sebelum ini.

review hosting malaya

Diakhir post Hosting Malaya VS Malaya Hosting kali ini, ingin saya tekankan bahawa Malaya Host tidaklah sama dengan Hosting Malaya. Anda boleh lihat review-review pengguna Hosting Malaya pada page Facebook kami disini : https://www.facebook.com/pg/hostingmalaya/reviews.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut berkenaan laman web atau web hosting, anda boleh terus hubungi kami disana atau email kami di admin@hostingmalaya.com.

Jom baca Kelebihan Memiliki Laman Web disini : https://hostingmalaya.com/kelebihan-memiliki-laman-web.

Berminat untuk mendapatkan Web Hosting atau Game Hosting ? https://billing.hostingmalaya.com.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.