Laman Web

Nuffnang Tidak Dapat Diakses

Nuffnang Tidak Dapat Diakses

Nuffnang

Nuffnang merupakan salah satu platform yang sering para blogger gunakan sekiranya tidak dapat menggunakan Innity atau Google Adsense kerana tidak mencukupi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Bertahun-tahun saya menggunakan nuffnang dan telah menjangkau ratusan pembayaran daripada mereka.

Bagi mereka yang tidak tahu apa itu nuffnang,ianya  merupakan salah satu company yang memberikan blogger bayaran melalui iklan yang terpampang di blog atau laman web kita.Ada 2 cara pembayaran :

  1. CPC atau dikenali sebagai Cost Per Click. Pembayaran dilakukan mengikut berapa banyak iklan yang diklik di blog atau laman web anda.Kebiasaannya 25sen bagi setiap klik.
  2. Buffered Earning merupakan blog yang dipilih oleh advertiser dan bayarannya kebiasaannya lagi tinggi daripada CPC. Agak susah juga mendapatkan Buffered Earning kerana perlu compete dengan blogger lain yang menggunakan platform nuffnang.

Namun, pada beberapa hari akhir-akhir ini, Nuffnang sudah tidak dapat diakses lagi, tidak diketahui punca dan sebab daripada pihak mereka. Saya telah lihat page Nuffnang di facebook namun tiada apa informasi diberikan tentang hal ini. Ada antara anda yang tahu punca masalah ini dan bilakah ianya akan diselesaikan ?

5 Comments

    • Admin
      • Admin
    • Admin

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.