Bermula pada September 2022, akan berlaku kenaikan harga domain .COM berdasarkan keputusan Verisign, iaitu registrar domain untuk .COM untuk menaikkan harga domain tersebut. Untuk makluman anda, telah beberapa kali harga domain .COM dinaikkan dimana sebelum ini dan dijangka akan akan mengalami kenaikan harga sebanyak 7% pada tahun hadapan.
Lanjutan daripada itu, kami dari Hosting Malaya menggalakkan anda untuk membuat pembelian domain .COM dan juga pembaharuan domain sedia ada dengan lebih awal untuk mengurangkan kos pembayaran domain yang anda miliki sebelum 1 September 2022.
Untuk makluman anda, harga domain .COM yang kami tawarkan di Hosting Malaya pada ketika ini masih lagi kekal RM50/tahun dan akan dinaikkan kepada RM60/tahun bermula pada 1 September 2022.
Untuk pembaharuan domain (renew domain) pula boleh dilakukan sehingga 8 tahun kehadapan sekiranya anda ingin membuat pembaharuan domain dengan harga yang sama, sebelum kenaikan harga domain kelak.
Untuk harga domain lain pula masih kekal seperti biasa, tiada perubahan harga kecuali harga promosi domain-domain tertentu yang akan kami tawarkan dari semasa ke semasa.
Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut mengenai domain atau hosting yang kami tawarkan, anda boleh hubungi kami melalui Facebook page kami : Hosting Malaya – Web Hosting & Game Hosting Solution.
Dapatkan Web Hosting & Game Hosting yang dilengkapi DDOS Protection disini : https://billing.hostingmalaya.com.
SELFCARE – MYNIC Domain Management System : https://hostingmalaya.com/selfcare-mynic-domain-management-system.