Billplz mengumumkan kemaskini polisi settlement mereka dimana polisi settlement terbaru ini akan berkuatkuasa bermula pada 7 Ogos 2020. Pembaharuan polisi ini adalah bersesuaian dengan masalah global pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia semakin hari semakin membimbangkan dan sektor perniagaan juga terjejas.
Oleh itu, Billplz mengambil keputusan untuk mengemaskini polisi settlement Billplz seperti misi mereka, iaitu untuk usahawan atau peniaga membayar serta mendapat bayaran yang pantas dengan kos yang serendah mungkin.
Apakah yang terbaru dalam polisi settlement Billplz kali ini ?
Bermula pada 7 Ogos 2020, Billplz akan melaksanakan settlement pada hari jumaat untuk koleksi pungutan pembayaran pada hari khamis. Dengan kata lainnya, settlement akan dilakukan pada hari bekerja seterusnya pada bila-bila masa 00:00 – 23:59.
Jumlah koleksi pungutan pembayaran harian (minimum RM 0.01) akan dimasukkan secara automatik ke akaun bank yang dibenarkan pada hari bekerja seterusnya, kecuali pada cuti umum.
Sebagai contoh :
- Isnin > Selasa
- Selasa > Rabu
- Rabu > Khamis
- Khamis > Jumaat
- Jumaat, Sabtu dan Ahad > Isnin
Untuk maklumat lanjut mengenai kemaskini polisi settlement Billplz ini, anda boleh layari : https://help.billplz.com/article/37-settlement.
Kepentingan Laman Web Dalam Perniagaan : https://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.
Hosting Malaya – Web Hosting & Game Hosting Solution : https://billing.hostingmalaya.com.