DomainLaman WebTips

Cara Mendaftar Domain MYNIC Taken Yang Expired

Cara Mendaftar Domain MYNIC Taken Yang Expired

Pada kali ini saya akan jelaskan bagaimana cara mendaftar domain MYNIC yang berstatus TAKEN, iaitu yang pernah dibeli oleh orang lain tetapi sudah EXPIRED (tidak diperbaharui). Domain MYNIC merupakan domain yang menggunakan .MY sebagai Top Level Domain (TLD) khas untuk negara Malaysia, berbanding dengan domain global biasa seperti .COM.

Dengan paparan terbaru MYNIC, anda boleh secara terus membuat carian berkenaan nama domain yang anda minati dan lihat status sama ada available ataupun taken. Status Available bermaksud anda boleh membuat pembelian domain tersebut melalui mana-mana reseller MYNIC yang disenaraikan manakala status Taken bermaksud domain tersebut sudah dimiliki oleh orang lain.

pembelian domain mynic

Apa yang saya lihat dengan sistem MYNIC buat masa ini, sekiranya pemilik tidak perbaharui domain yang dibeli, status masih lagi dikekalkan kepada Taken, berkemungkinan untuk memberi peluang kepada pembeli untuk memperbaharuinya pada bila-bila masa. Oleh itu, saya akan senaraikan langkah-langkah untuk menyemak sama ada anda masih berpeluang untuk mendapatkan domain taken tersebut atau tidak.

  1. Cuba untuk buka domain yang anda minati. Contohnya Amirazman.MY. Jika link itu boleh membuka website. Maksudnya domain tersebut masih aktif digunakan dan memang tiada peluang untuk anda dapatkan domain tersebut KECUALI membeli secara terus dengan pemilik domain.

    Jika link itu tidak dapat dibuka atau memberikan error ‘server IP address could not be found.’, mungkin ada peluang anda untuk mendapatkannya memandangkan ianya tidak terikat dengan mana-mana hosting.
    contoh domain belum dibeli

  2. Check WHOIS domain yang anda minati. Anda boleh klik disini : https://mynic.my/whois dan isi laman domain tersebut. Anda berpeluang untuk mendapatkan domain tersebut sekiranya record expired sudah lama dan tidak diperbaharui oleh pemilik domain lama.
    domain mynic expired
  3. Email customercare@mynic.my untuk membuat semakan dan available kan domain tersebut jika tiada halangan. Sekiranya tiada halangan, domain tersebut akan menjadi available dan boleh dibeli oleh sesiapa, first come first serve. Dibawah adalah contoh email yang dihantar oleh Mynic apabila domain tersebut sudah available.
    domain mynic available

Proses semakan dan email ini tidak makan masa yang lama, menurut pengalaman saya membeli domain taken sebelum ini, mengambil masa kurang daripada 2 hari waktu bekerja. Terdapat pelbagai kelebihan menggunakan domain .MY yang mana saya akan perincikan pada post yang akan datang.

Diharap post cara mendaftar domain MYNIC Taken yang Expired ini dapat membantu anda mendapatkan domain yang anda hajati. Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebagainya boleh komen pada ruangan dibawah.

Jom baca Apa Itu Brute-Force Attack disini : https://hostingmalaya.com/apa-itu-brute-force-attack.

Scam Panggilan Telefon di Malaysia ? Klik disini : https://amirazman.my/scam-panggilan-telefon-di-malaysia.

3 Comments

Leave a Comment