Game HostingHostingTutorial

Error Killed Cc1plus Semasa Compiling Rathena

Error Killed Cc1plus Semasa Compiling Rathena

Anda mengalami masalah error killed cc1plus semasa compiling rathena atau source code yang lain ? Ingin ketahui apakah yang menyebabkan masalah ini terjadi ? Pada post kali ini saya akan jelaskan mengapa masalah killed cc1plus ini terjadi semasa anda compiling source code anda dan cara untuk mengatasinya.

Setiap VPS atau server mempunyai spesifikasi yang berbeza dan masalah error killed cc1plus ini akan berlaku apabila memori yang diperlukan untuk compiling sangat terhad dan tidak dapat ditampung atau boleh saya katakan tidak cukup. Memori disini membawa erti memori RAM sesebuah VPS atau server yang anda gunakan untuk compiling code.

minimum ram for server

Berdasarkan beberapa kes yang berlaku sebelum ini kepada pelanggan Hosting Malaya, saya dapati mereka melakukan proses compiling semasa proses server yang tinggi sedang berlaku. Apabila mereka compile source code tersebut, ini menyebabkan VPS atau server tersebut perlu menggunakan RAM yang tinggi untuk menampung proses server yang aktif serta untuk compiling source code.

Oleh itu, kebiasaaanya saya akan menyarankan 2 pilihan untuk pelanggan gunakan supaya masalah ini tidak berulang lagi, sama ada menaik taraf kepada server yang mempunyai spesifikasi yang lebih tinggi, atau menghentikan proses server yang tinggi semasa sedang melakukan proses compiling source code.

Sekiranya spesifikasi RAM VPS atau server yang anda gunakan sangat baik, boleh menampung kedua-dua proses secara serentak, jadi tiada masalah untuk anda melakukannya pada masa yang sama. Sekiranya anda ingin berjimat menggunakan VPS atau server berspesifikasi yang minimum, tiada masalah tetapi perlu bijak untuk menggunakan spesifikasi yang ada dengan sebaiknya.

Sekiranya ada mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh komen dibawah dan saya akan cuba untuk balas secepatnya atau terus ke page facebook Hosting Malaya disini : https://www.facebook.com/hostingmalaya.

Jom baca ‘Kepentingan Laman Web Dalam Perniagaan’ disini : https://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan .

Berminat untuk mendapatkan web hosting dengan harga yang berpatutan ? Lihat disini : https://billing.hostingmalaya.com/cart.php?gid=1.

Berminat untuk mendapatkan web atau sistem untuk perniagaan anda ? Whatsapp/Call 0177860670 untuk penerangan dan maklumat lanjut.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.