Laman WebTips

Checklist Persiapan Laman Web

Checklist Persiapan Laman Web

checklist laman web

Setelah laman web anda sudah siap design dan sudah ‘LIVE’ , ada beberapa checklist yang saya sediakan supaya laman web tersebut mudah menjadi tatapan netizen , bergantung kepada fungsi laman web tersebut. Saya tidak akan menerangkan dengan lebih mendalam, tetapi akan saya kupas pada artikel yang selanjutnya bagi setiap checklist terseut. Berikut merupakan checklist saya bagi kebanyakan laman web yang saya uruskan :

  1. SEO Plugin ataupun perkara berkaitan SEO. Sebagai contoh Title Tag dan Meta Description Tag . Tag ini amat berguna kerana Search Engine seperti Google Search amat menitikberatkan perkara ini untuk listing di search engine mereka. Antara tipsnya , pastikan patah perkataan Title dan description anda sesuai dengan Search Engine . Bagi pengguna WordPress pula, anda boleh menggunakan pelbagai plugin SEO untuk memperolehi skor yang cantik dalam SEO.
  2. Permalinks Set. Ini khas untuk pembinaan WordPress. Set Permalink Set anda kepada Post Name supaya Keyword SEO anda termasuk dalam link tersebut. Sekiranya boleh jangan gunakan default (.com/?p=123) kerana keyword SEO anda tiada dalam link tersebut.
  3. Claim website anda di Alexa.com. Alexa merupakan satu laman web yang berfungsi menunjukkan Rank populariti website kita kepada umum. Sekiranya SEO laman web anda bagus dan baik, sudah semestinya laman web anda akan mempunyai Alexa Rank yang baik. Apabila anda sudah claim website anda, anda boleh melihat ranking website anda di targetting negara sendiri , sebagai contoh, Ranking Alexa di Malaysia.Dibawah adalah contoh bagi Alexa Rank Rotikaya.com .rotikaya laman web alexa
  4. Google Analytics. Register akaun anda dan setelah install script mereka, anda dapat melihat pengguna anda pada laman web anda pada real time ataupun sebelumnya. Anda dapat menganalisa post yang diminati oleh pengguna,menganalisa data pengguna serta anda dapat melihat daripada mana sumber mereka ke website anda.
  5. Social Shares Plugin. Ini amat penting bagi laman web lebih-lebih lagi laman web yang berinformasi dan ingin diviralkan kepada umum. Dengan Social Shares plugin, pengguna dapat berkongsi info tersebut kepada rakan-rakan mereka disamping anda mendapat traffik pengguna ke website anda secara tidak langsung. Selain itu, linking dengan social network juga membantu mengindex laman website anda di dalam search engine. Sebagai contoh Facebook Share, Retweet, ataupun Whatsapp Share.
  6. Sitemap. Sitemap merupakan salah satu cara untuk laman web berkongsi info dengan Search Engine untuk diindex.Kebiasaannya Sitemap adalah dalam format XML dan mengandungi metadata  dimana metadata inilah yang memberi informasi kepada search engine tentang kandungan laman web anda.
  7. Google Webmaster Tools atau dikenali sekarang dengan Search Console. Search Console pula dapat menganalisa laman web anda tentang kondisi laman web sama ada laman web tersebut down atau tidak. Selain itu anda boleh submit Sitemap.xml anda disitu supaya Google mudah untuk crawl website anda. Melalui laman web ini juga anda dapat melihat linking ke laman web anda sama ada internal links atau external links.
  8. Submit Links kepada Search Engine. Submit laman web anda ke Search Engine seperti Google Search, Yahoo serta Bing supaya mereka dapat mengindex laman web kita di search engine mereka.
  9. Kelajuan Website. Pastikan kelajuan website anda untuk diakses pantas dan tidak berat.
  10. Google Authorship. Disebabkan Google Authorship sudah tidak aktif lagi buat masa ini, jadi ianya adalah tidak perlu (mungkin perlu pada masa akan datang).

Mahukan hosting berkualiti dan murah ? Dapatkan di http://billing.hostingmalaya.com/ .

Kelebihan Hosting kami :

  1. Uptime 99.9% . Website anda sentiasa online, tiada masalah server down atau sebagainya.
  2. Menggunakan Cpanel.Dengan menggunakan Cpanel, amat mudah untuk andamonitor serta manage website anda.
  3. Sekiranya anda kurang pengetahuan dalam coding, ada juga disediakanSiteBuilderuntuk memudahkan anda membuat website secara drag and drop.
  4. Disediakan 4500 Website templates secara PERCUMA selagi anda melanggan hosting kami.
  5. Disediakan 400+ Video Tutorials sekiranya anda ingin belajar dengan lebih mendalam tentang Web Hosting.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.