Cara Menukar Timezone VPS Atau Server Linux
Tutorial kali ini lebih tertumpu kepada pemilik VPS atau Server Linux dimana saya akan menunjukkan cara menukar timezone VPS atau Server Linux. Pertama sekali anda mestilah login server anda menggunakan ‘root’.
Pertama sekali, anda perlu ketahui apakah timezone default yang digunakan oleh VPS atau Server yang anda gunakan. Caranya mudah sahaja, login putty VPS atau Server Linux anda, kemudian taip commands dibawah :
date
Anda akan memperoleh timezone default server anda seperti diatas, dan sekiranya anda ingin menukar timezone tersebut, pertama sekali anda perlu remove localtime default tersebut dengan commands dibawah :
cd /etc
rm localtime
*taip y dan enter sekiranya vps atau server tanya mahu remove atau tidak.
Setelah anda remove localtime, anda perlu set localtime baru. Anda boleh lihat list localtime melalui commands dibawah :
ls /usr/share/zoneinfo
Saya akan berikan contoh untuk menukar timezone kepada Singapore Timezone dibawah :
cd /etc
rm localtime
*taip y dan enter sekiranya vps atau server tanya mahu remove atau tidak.
ln -s /usr/share/zoneinfo/Singapore localtime
3 commands linux diatas sepatutnya sudah menukar timezone VPS atau Server anda kepada Singapore Timezone.
Untuk menyemak adakah betul timezone anda telah ditukar, anda boleh gunakan commands dibawah :
date
Sekiranya informasi dari VPS memaparkan masa yang betul serta SGT sebagai timezone, maka anda telah berjaya.
Semoga bermanfaat!
Anda mahu mendapatkan Ragnarok Online Hosting ? Kami ada beberapa lokasi yang sesuai untuk anda!
Ragnarok Online Asia : http://billing.hostingmalaya.com/cart.php?gid=2
Ragnarok Online Los Angeles : http://billing.hostingmalaya.com/cart.php?gid=5
Ragnarok Online Europe : http://billing.hostingmalaya.com/cart.php?gid=3
Kami juga menyediakan pelbagai servis berkaitan dengan Web Hosting Services dan Ragnarok Online Services seperti remake client dan autobackup.