Game HostingTutorial

Cara Install FluxCP Ragnarok Online

Cara Install FluxCP Ragnarok Online

cara install fluxcp ragnarok online

Tutorial kali ini berkaitan dengan Cara Install FluxCP Ragnarok Online dengan mudah. FluxCP adalah singkatan bagi Flux Control Panel dimana antara salah satu Control Panel Ragnarok Online yang sering digunakan untuk private server disebabkan oleh fungsinya yang pelbagai dan sangat-sangat memudahkan pemain seperti fungsi reset look , reset position, ketahui item di dalam equipment, storage, dan juga fungsi seperti donation shop.

Untuk memulakan installation, anda perlu mendownload FluxCP disini : https://github.com/rathena/FluxCP/archive/master.zip

Kemudian, extract pada web server anda. Hanya 2 files sahaja yang perlu diedit iaitu :

  1. config/application.php : Anda perlu edit pada bahagian ServerAddress‘ dan isikan domain anda. Itu sahaja yang penting untuk installation difail ini.
    fluxcp application
  2. config/servers.php : Anda perlu mengisi details server anda untuk connection kepada server seperti ip address, username dan password database anda. Pastikan port anda betul untuk memastikan status server anda online pada fluxcp.

    servers fluxcp

 

 

 

Sekiranya langkah diatas telah dibuat, apabila anda membuka laman web tersebut,anda perlu memasukkan password ‘secretpassword’ dan perlu masukkan username dan password database anda untuk installation fluxcp. Sekiranya tiada masalah, fluxcp anda terus boleh digunakan.

Kadangkala ada server yang memerlukan privilege untuk mengakses database. Anda boleh create user privilege anda sendiri di dalam database yang anda gunakan.

privilege fluxcp ragnarok online

Mudah bukan ? Sekiranya anda ada masalah, anda boleh komen dibawah dan follow up email untuk mendapatkan maklum balas daripada kami dengan segera. Kami akan sediakan tutorial berkenaan cara menukar theme fluxcp pula pada masa akan datang (semestinya mudah je!) .

Sekiranya anda mahukan Ragnarok Online server anda sendiri, anda boleh hubungi kami melalui Facebook Hosting Malaya atau Whatsapp 0177860670 (Amir) untuk maklumat lanjut. Anda akan dimasukkan didalam ‘group rahsia’ apabila menggunakan servis Hosting Malaya.

Mahukan laman web untuk perniagaan anda ?
Mahukan Web Hosting untuk laman web anda ?
Mahukan Game Hosting untuk game server anda ?
Layari http://hostingmalaya.com atau hubungi kami 0177860670 (Amir) untuk rundingan !

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.