DomainHostingTips

Apa itu WHOIS Protection

apa itu whois protection

Untuk mengetahui apa itu WHOIS Protection, anda perlu ketahui apa itu WHOIS dahulu. WHOIS adalah maklumat-maklumat berkaitan dengan domain seperti nama domain, billing contact, technical contact, admin contact, tarikh tamat tempoh domain dan juga maklumat server yang digunakan oleh sesebuah laman web.

WHOIS Protection merupakan salah satu daripada Domain Privacy Protection dimana dengan penggunaan WHOIS Protection, maklumat seperti billing contact, technical contact dan admin contact tidak dipaparkan untuk perlindungan privasi. Dengan kata lain, maklumat-maklumat ini dapat dielakkan daripada terdedah kepada umum memandangkan maklumat WHOIS ini boleh diakses oleh sesiapa sahaja.

Dengan kata lain, WHOIS Protection dapat mengelakkan anda daripada dijejaki melalui maklumat WHOIS dan juga tidak disalahgunakan oleh spammer, hacker atau sebagainya. Pernah atau tidak anda mendapat email spam atau panggilan spam daripada India atau sebagainya yang ingin menawarkan perkhidmatan servis laman web mereka ? Berkemungkinan besar domain anda tidak mempunyai WHOIS Protection dan mereka dapat maklumat untuk menghubungi anda disana.

id protection berbayar

WHOIS Protection ini adalah salah servis yang disediakan oleh penyedia domain sama ada secara berbayar atau secara percuma. Ada juga yang menawarkan servis ini dengan bayaran tahunan. Walaupun begitu, terdapat pelbagai penyedia domain yang menawarkan servis ini secara percuma seperti yang ditawarkan oleh Hosting Malaya disini : https://billing.hostingmalaya.com/cart.php?a=add&domain=register.

Dibawah saya sertakan contoh bagaimana keadaan WHOIS yang mempunyai servis WHOIS Protection yang aktif, dan yang tidak aktif menggunakan ICANN WHOIS disini : https://whois.icann.org.

domain dengan whois protection

Diatas merupakan contoh domain yang mempunyai servis WHOIS Protection yang aktif. Hampir keseluruhan data telah diprivasikan melalui sistem WHOIS Protection.

domain tanpa whois protection

Diatas pula merupakan contoh domain yang tidak mengaktifkan WHOIS Protection. Saya telah edit gambar diatas untuk memadam maklumat yang dipaparkan berkaitan Mailing Address dan Phone. Sangat ketara perbezaan maklumat berkaitan WHOIS untuk kedua-dua domain diatas bukan ?

Oleh itu, sebaiknya apabila membeli domain daripada penyedia domain, pastikan anda memperoleh perkhidmatan servis yang baik dan sebolehnya mempunyai servis WHOIS Protection untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah privasi walaupun terdapat kebaikannya juga seperti memberikan informasi yang tepat dan jelas berkenaan pemilik sesuatu domain.

Semoga post ‘Apa itu WHOIS Protection’ pada kali ini dapat membuka mata anda tentang kepentingan WHOIS Protection untuk domain yang anda miliki dan dapat sedikit sebanyak menyelamatkan data privasi anda daripada didapati oleh spammer atau hacker yang tidak pernah kita duga.

Berminat untuk mempunyai laman web ? Memerlukan laman web pengurusan perniagaaan online ? Boleh Whatsapp saya di 0177860670 untuk mendapatkan quotation bergantung pada sistem laman web yang anda perlukan.

Ingin ketahui apa itu Domain dan Hosting ? Baca disini : https://hostingmalaya.com/apa-itu-domain-dan-hosting.

Jom baca ‘Tips Elak Daripada Digodam’ disini : https://amirazman.my/tips-elak-daripada-digodam.

Web Hosting Murah dan Pantas ! Dapatkan disini : https://billing.hostingmalaya.com/cart.php?gid=1.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.