Disebabkan tutorial menukar Facebook link description ini saya lihat merupakan soalan yang sering diajukan di group-group web developer, saya pernah buat satu tutorial bervideo seperti dibawah khas untuk pelanggan Hosting Malaya. Video tersebut anda boleh lihat seperti dibawah.
Untuk melihat konten URL tersebut sekiranya dikongsikan di Facebook, anda boleh masukkan link URL yang ingin dikongsikan pada tab Sharing Debugger dan klik debug disini : https://developers.facebook.com/tools/debug/sharing.
Pada laman Sharing Debugger ini, akan dipaparkan bagaimana Facebook akan memaparkan link yang anda isikan pada ruangan debug itu tadi. Selain itu, akan dipaparkan juga maklumat berkaitan Open Graph Properties seperti Title, Image, Description, Tag dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut berkenaan Open Graph Properties , anda boleh layari : https://developers.facebook.com/docs/sharing/webmasters.
Apa yang perlu anda lakukan, anda perlu mengisi maklumat Open Graph Properties pada link atau laman web anda. Cara untuk mengisi maklumat tersebut bergantung pada platform atau kod yang laman web anda gunakan. Video dibawah boleh membantu anda untuk memahami pengisian maklumat Open Graph dengan lebih jelas.
Jom baca ‘Kepentingan Laman Web Dalam Perniagaan’ disini : https://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan .
Berminat untuk mendapatkan web hosting dengan harga yang berpatutan ? Lihat disini : https://billing.hostingmalaya.com/cart.php?gid=1.
Berminat untuk mendapatkan web atau sistem untuk perniagaan anda ? Whatsapp/Call 0177860670 untuk penerangan dan maklumat lanjut.