Tutorial ringkas pada kali ini mengenai bagaimana cara untuk anda login akaun email di telefon pintar yang sedang anda gunakan menggunakan akaun email domain cPanel anda.
- Pastikan anda ketahui akses akaun email tersebut. Anda boleh login cPanel anda di https://server.hostingmalaya.nl:2083 sekiranya anda pengguna Hosting Malaya, kemudian klik Email Accounts pada kategori ‘EMAIL’.
- Kemudian, klik ‘CONNECT DEVICES’ pada bahagian pilihan email yang anda ingin login menggunakan telefon pintar anda.
- Mail Client Manual Settings akan dipaparkan. Anda perlu pastikan maklumat-maklumat yang diberi dikonfigurasi dengan betul pada telefon pintar anda.
- Buka aplikasi Gmail pada telefon pintar anda, dan klik pada ‘Add another account’.
- Kemudian, pilih ‘Other’ pada Set up email dan anda akan diminta memasukkan maklumat email seperti email address, password email, pilihan setting server incoming (POP3/IMAP) dan juga outgoing serta isikan tempoh masa Sync frequency yang anda inginkan.
Atau anda boleh lihat video dibawah untuk memahami dengan lebih baik bagaimana cara untuk login akaun email di telefon pintar anda. Diharap tutorial ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mengakses email dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan menggunakan browser atau Webmail.
Tutorial Login Akaun Email Menggunakan Webmail cPanel : https://hostingmalaya.com/cara-login-email-hosting-dengan-mudah.
Dapatkan DDoS Protection Web Hosting yang berkualiti dan murah disini : http://billing.hostingmalaya.com.