
Bagi pengguna PHP, sila kemaskini sistem PHP anda kepada versi terkini yang dikeluarkan pada malam 21 Oktober 2026 untuk mengelakkan sebarang masalah sekuriti.
Versi terkini PHP 8.2.35, 8.3.36, 8.4.27 dan 8.5.12 merupakan kemaskini yang dikeluarkan khas untuk 2 kritikal kerentanan sekuriti yang dinilai CVSS v4.0 9.2.
Sebaiknya, kemaskini ini dimuat turun segera kerana eksploitasi telah dibuktikan dimana permintaan tanpa pengesahan boleh mencetuskan serangan sebelum sebarang kod aplikasi dijalankan. Terdapat pelbagai maklumat berlegar-legar diantaranya tools yang dikenali sebagai ‘PHP2Shell’.
Untuk maklumat lanjut mengenai kemaskini PHP versi terkini 21 Oktober 2026 ini, anda boleh layari laman rasmi PHP disini : https://www.php.net/index.php#2026-10-21-5.

Bagi mereka yang menggunakan PHP version versi lebih lama sudah semestinya disarankan untuk mengemaskini sistem anda kepada versi PHP lebih baru memandangkan kemaskini sekuriti sudah tidak disediakan lagi atau boleh dipanggil sebagai ‘end of life’,
Bagi pengguna web hosting di Hosting Malaya, sudah semestinya kemaskini sudah dilakukan secara automatik oleh pihak kami.
Jom dapatkan Web Hosting serendah RM30/tahun dengan akaun cPanel di Hosting Malaya disini : https://hostingmalaya.com/promo.