Masalah fail .RAR is not a valid RAR archive ini sering terjadi kepada sesiapa sahaja yang menggunakan Winrar untuk mengecilkan dan memampatkan fail atau data yang kebiasaannya akan menggunakan format .RAR atau .ZIP. Khasnya kepada mereka yang menggunakan Neoncube Patcher sebagai patcher utama, pasti akan mengalami masalah ini apabila menggunakan Winrar versi terkini iaitu 5.71.
Sekiranya anda mengalami masalah fail .rar is not a valid RAR archive dan anda pasti anda telah compress file tersebut dengan betul dan baik, itu mungkin disebabkan oleh Winrar anda yang menggunakan versi yang terkini. Untuk pengetahuan anda, versi Winrar yang sesuai dan patut anda cuba sekiranya anda menggunakan Neoncube Patcher adalah Winrar versi 5.21.
Masalah ini sering dikaitkan dengan Windows 10 disebabkan oleh windows 10 merupakan windows terkini dan sudah semestinya pengguna akan memuat turun Winrar terkini untuk komputer mereka, walhal sebenarnya yang bermasalah merupakan versi Winrar terkini yang tidak sesuai dengan Neoncube Patcher.
Anda boleh memuat turun Winrar versi 5.21 disini : https://www.filehorse.com/download-winrar-64/19368.
Sekiranya anda telah mempunyai Winrar versi terkini pada komputer anda, uninstall terlebih dahulu versi terkini dan install semula Winrar versi 5.21. Diharap post ini dapat membantu anda sekiranya anda masih menggunakan Neoncube Patcher.
Dibawah juga saya sertakan tutorial update patch file menggunakan Neoncube Patcher :
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami melalui page Facebook kami disini : https://www.facebook.com/hostingmalaya.
Jom baca ‘Kepentingan Laman Web Dalam Perniagaan’ disini : https://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan .
Berminat untuk mendapatkan Game Hosting Terbaik Asia ? Layari : http://billing.hostingmalaya.com/cart.php?gid=7.
Berminat untuk mendapatkan web atau sistem untuk perniagaan anda ? Whatsapp/Call 0177860670 untuk penerangan dan maklumat lanjut.