Bermula Februari 2024, garis panduan penghantaran email telah dikemaskini dan memerlukan pengguna yang menghantar lebih daripada 5000 email setiap hari kepada akaun Gmail atau Yahoo untuk memenuhi syarat-syarat seperti dibawah :
- Rekod SPF dan DKIM perlu ditetapkan untuk domain.
- PTR record yang sah.
- Menggunakan TLS untuk transmit email.
- Spam rate dibawah 0.10% dan tidak mencecah 0.30% atau lebih di Postmaster Tools.
- Format mesej mengikut kepada Internet Message Format standard (RFC 5322).
- DMARC policy record.
- Marketing mesej memerlukan pilihan untuk unsubscribe yang jelas.
Sekiranya anda menghantar 5000 email atau lebih setiap hari tetapi tidak memenuhi syarat-syarat terbaru daripada garis panduan penghantaran email diatas, kemungkinan besar email tersebut tidak dapat diterima, atau akan dianggap sebagai spam.
Adakah perubahan ini akan mengganggu penghantaran email yang kurang lebih 5000 email setiap hari juga ? Tidak dinyatakan sebegitu akan tetapi adalah lebih baik untuk anda mengikuti syarat-syarat tersebut untuk mengelakkan penghantaran email anda diletakkan pada folder spam.
Adakah anda memerlukan tutorial untuk menambah rekod seperti SPF, DKIM, PTR dan DMARC policy record seperti yang dinyatakan diatas ? Sekiranya ya, akan saya kongsikan pada post yang akan datang mungkin menggunakan cPanel dan juga bagi pengguna VPS/Server yang menggunakan Cloudflare.
Tips Memilih Pakej Web Hosting Terbaik : https://hostingmalaya.com/tips-memilih-pakej-web-hosting-terbaik.
Dapatkan Web Hosting & Game Hosting Solution disini : https://billing.hostingmalaya.com.
Ya perlu tuan