HostingLaman WebTipsTutorialVPS Hosting

Cara Menyemak Status Blacklist IP Address

cara menyemak blacklist ip address

Pada kali ini saya ingin kongsikan cara untuk menyemak status blacklist IP Address server atau hosting yang anda gunakan untuk mengelakkan sebarang masalah lebih-lebih lagi berkaitan dengan penghantaran email. Terdapat pelbagai punca yang boleh memberikan reputasi IP Address atau hosting yang tidak baik seperti aktiviti spamming, serangan DDoS dan sebagainya. Sekiranya IP Address anda telah diblacklist oleh mana-mana blocklist, untuk memastikan tiada masalah pada masa akan datang, anda haruslah membuat permohonan untuk delist atau semakan semula.

Untuk pengetahuan anda, terdapat beratus blocklist yang wujud diluar sana. Untuk memastikan adakah mana-mana pihak yang telah meletakkan IP Address atau hosting anda dengan reputasi yang kurang baik, anda boleh gunakan beberapa tools yang mungkin membantu untuk menyemak adakah IP Address anda termasuk di dalam mana-mana blocklist.

Terdapat pelbagai tools untuk menyemak reputasi IP Address atau hosting anda dan yang saya senaraikan dibawah ini adalah yang boleh digunakan secara PERCUMA. Ini adalah senarai 5 teratas yang sering saya gunakan untuk membuat semakan blacklist IP Address.

MxToolbox buat masa ini mempunyai 86 senarai RBL yang boleh digunakan untuk membuat semakan.

HetrixTools mempunyai 93 senarai RBL dan berdasarkan pengalaman saya menggunakan HetrixTools, terdapat beberapa data RBL yang tidak tersedia pada MxToolbox tetapi boleh disemak menggunakan HetrixTools sebagai contohnya mail-abuse daripada Trend Micro.

DNSChecker pula mempunyai 55 senarai RBL.

IPVoid mempunyai 115 senarai RBL dimana senarai tersebut berdasarkan IP Reputation API yang disediakan oleh IPVoid. Menurut mereka, payment provider dan merchant boleh menggunakannya untuk mengelakkan penipuan transaksi dan kerugian.

UltraTools pula mempunyai 77 senarai RBL.

Diharap post ‘Cara Menyemak Status Blacklist IP Address’ ini dapat membantu anda membuat semakan IP Address yang anda gunakan untuk memastikan reputasi IP Address anda sentiasa dalam keadaan baik dan email dapat dihantar dan diterima dengan baik.

Bagaimana pula cara anda memantau IP Address atau hosting anda ? Tools apakah yang anda gunakan ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Senarai Payment Gateway Di Malaysia : https://hostingmalaya.com/senarai-payment-gateway-ecommerce-malaysia.

Web Hosting Dilengkapi DDoS Protection : https://billing.hostingmalaya.com/cart.php?gid=1.

Leave a Comment