Setelah sekian lama, kali ini saya ingin kongsikan tutorial ringkas bagaimana cara untuk menukar repo Centos 7 memandangkan Centos 7 telah ‘end of life’ dan repository asal yang Centos 7 gunakan sudah tidak wujud lagi.
Diingatkan, tutorial ini hanya sesuai diaplikasikan pada sistem yang terhad kepada sistem operasi Centos 7 sahaja. Sekiranya sistem yang anda gunakan menyokong sistem operasi yang lebih terkini, sebaiknya gunakan sistem operasi terkini memandangkan Centos 7 sudah tidak menerima apa-apa kemaskini lagi termasuklah kemaskini sekuriti.
Sekiranya anda menggunakan Centos 7 tetapi tidak menukar repo asal, anda akan mempunyai masalah apabila menggunakan yum untuk mengemaskini atau install apa-apa packages yang diperlukan oleh sistem anda contohnya ‘cannot find a valid baseurl for repo: base/7/x86_64’.
Anda boleh menukar mirror repo anda dengan cara seperti dibawah.
- Akses server anda sebagai root dan pergi ke path /etc/yum.repos.d/
- Open atau edit fail ‘CentOS-Base.repo’.
- Edit pada bahagian mirrorlist dan#baseurl yang berada dalam kotak dibawah
dan ikut link yang baru seperti dibawah :
baseurl=http://vault.centos.org/7.9.2009/os/$basearch/
baseurl=http://vault.centos.org/7.9.2009/updates/$basearch/
baseurl=http://vault.centos.org/7.9.2009/extras/$basearch/
- Kemudian, anda boleh taip ‘sudo yum clean all’ dan ‘sudo yum update’.
Anda juga boleh rujuk video ringkas bagaimana saya menukar repo Centos 7 ini seperti dibawah.
Dan ingin ditekankan semula, ini hanya sesuai untuk mereka yang sememangnya memerlukan Centos 7 untuk environment setup sistem mereka. Digalakkan menggunakan sistem operasi yang lebih terkini dan aktif untuk terus menerima kemaskini termasuklah kemaskini sekuriti pada masa akan datang.
Semoga perkongsian tutorial menukar repo Centos 7 ini bermanfaat dan dapat membantu anda sekiranya anda masih menggunakan Centos 7 dan sedang mengalami masalah ini.
Senarai Semak Proses Transfer Domain : https://hostingmalaya.com/senarai-semak-transfer-domain.
Dapatkan Web Hosting & Game Hosting Solution disini : https://billing.hostingmalaya.com.