Tutorial backup menggunakan cPanel merupakan salah satu skill penting yang perlu diketahui oleh mana-mana pembangun laman web untuk memastikan data dalam keadaan yang selamat. Data merupakan aset yang sangat penting dan kritikal memandangkan dalam 1 saat sahaja, pelbagai data boleh berubah.
Tidak semua penyedia hosting menyediakan autobackup secara percuma, namun Hosting Malaya ada menyediakan autobackup yang dibuat pada setiap minggu untuk memastikan data pengguna kami lebih terjamin dan selamat. Antara masalah yang mungkin terjadi adalah :
- Kesilapan pembangun laman web dalam pengurusan data atau kesilapan daripada sistem laman web yang dibangunkan.
- Akses cPanel diceroboh dan diubah oleh penggodam/hacker.
- Keperluan untuk rollback kepada data yang terdahulu disebabkan oleh sebab-sebab tertentu.
Untuk mendapatkan backup menggunakan cPanel, terdapat beberapa langkah yang perlu dibuat dan ianya tidaklah terlalu susah.
- Akses akaun cPanel anda dan pada menu Files anda boleh klik ‘Backup’.
- Anda boleh memilih untuk memuat turun full backup atau daripada backup automatik setiap minggu yang disediakan oleh Hosting Malaya. Klik pada butang Download dan Generate Backup jika perlu.
Atau sekiranya anda ingin mendapatkan Full Backup terkini, Klik Download a Full Account Backup dan Generate Backup. Anda mungkin perlu tunggu selama beberapa minit untuk proses backup tamat. Sekiranya proses backup telah tamat, tulisan akan menjadi berwarna biru dan ada lambang ‘Check Mark’ menandakan anda sudah boleh klik pautan tersebut untuk memuat turun backup anda.
Selain itu, anda juga boleh memuat turun secara partial backup sebagai contoh sama ada hanya Home Directory backup, MySQL database yang tertentu, email forwarders atau email filters yang tertentu.
Untuk memudahkan anda memahami tutorial backup menggunakan cPanel ini, anda boleh lihat tutorial bervideo dibawah :
Jom baca Tutorial Mengaktifkan 2 Factor Authentication cPanel disini : https://hostingmalaya.com/tutorial-mengaktifkan-2-factor-authentication-cpanel.
Kongsikan pengalaman anda sebagai Freelancer Sepenuh Masa disini : https://amirazman.my/freelancer-sepenuh-masa.