Posted in

MYNIC Memerlukan Letter of Undertaking ?

MYNIC Memerlukan Letter of Undertaking

MYNIC Memerlukan Letter of Undertaking

Pernahkah anda berada didalam keadaan dimana MYNIC, iaitu registar domain .MY memerlukan letter of undertaking sebagai dokumen sokongan pendaftaran domain ?

Kebiasaannya MYNIC akan memerlukan dokumen sokongan seperti Mykad, ROB/ROC dan sebagainya, kebiasaannya akan disenaraikan disini : https://mynic.my/resources/domains/faq#Supporting-documents.

Akan tetapi sekiranya anda mendaftar domain yang menggunakan reserved name seperti yang dinyatakan di Numbering and Electronic Addressing Plan (NEAP) Amendment Notice No. 2011, khususnya pada Schedule D-2 on Electronic Addressing,  domain registrar MYNIC memerlukan letter of undertaking sebagai dokumen sokongan untuk pendaftaran domain tersebut.

Anda boleh lihat penuh dokumen NEAP yang diterbitkan oleh MYNIC disini : https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/registers/Numbering-and-Electronic-Addressing-Plan.pdf

reserved name NEAP MYNIC

Secara ringkasnya, domain tersebut dikira sebagai ‘reserved names’ sekiranya domain anda berkaitan :

  1. Nama negara atau negeri
  2. Kerajaan Malaysia
  3. Nama Diraja
  4. Agama
  5. Bank atau syarikat kewangan
  6. Nama Geografi

Namun jangan risau, kebiasaannya domain registrar sudah menyediakan template dokumen dan anda hanya perlu lengkapkan sahaja mengapa dan apakah tujuan anda menggunakan nama domain tersebut. Contohnya formatnya seperti dibawah.

mynic letter of undertaking

Ada pembeli domain MYNIC yang pernah ada pengalaman membeli domain reserved names seperti diatas ? Kongsikan dengan kami pada ruangan komen dibawah.

Jom baca tips ‘Senarai Semak Transfer Domain’ disini : https://hostingmalaya.com/senarai-semak-transfer-domain.

Dapatkan Web Hosting & Game Hosting Solution disini : https://billing.hostingmalaya.com.

Suka berkongsi maklumat tentang perkembangan teknologi dan telekomunikasi di Malaysia. Menjalankan perniagaan online dan membina sistem & aplikasi untuk kemudahan pengguna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *