Game HostingHostingLaman Web

Masalah QuickInstall Untuk WordPress

Masalah QuickInstall Untuk WordPress

Masalah QuickInstall untuk WordPress ini berlaku sekitar dalam bulan ini dimana kami temui bermula pada 10 November 2018. Masalah tersebut berkemungkinan berpunca daripada ‘Mojo MarketPlace’ yang diinstallkan didalam plugin secara automatik oleh pihak Hostgator. Error ini akan membuatkan anda tidak berjaya walaupun hanya untuk akses akaun admin pada wordpress anda.

Masalah tersebut akan mengeluarkan error log seperti dibawah :

PHP Warning:  require(/home/user/public_html/wp-content/plugins/mojo-marketplace-wp-plugin/vendor/autoload.php): failed to open stream: No such file or directory in /home/user/public_html/wp-content/plugins/mojo-marketplace-wp-plugin/mojo-marketplace.php on line 27
PHP Fatal error:  require(): Failed opening required '/home/user/public_html/wp-content/plugins/mojo-marketplace-wp-plugin/vendor/autoload.php' (include_path='.:/opt/php56/lib/php') in /home/user/public_html/wp-content/plugins/mojo-marketplace-wp-plugin/mojo-marketplace.php on line 27
PHP Fatal error:  Call to undefined function is_user_logged_in() in /home/user/public_html/wp-content/mu-plugins/endurance-page-cache.php on line 452

Daripada apa yang kami lihat, masalah ini berpunca daripada Mojo MarketPlace Plugin yang diinstall secara automatik oleh pihak Hostgator. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda perlu delete plugin Mojo MarketPlace secara manual dengan cara :

  • Akses ke cPanel dan klik pada File Manager.
  • Masuk pada path public_html/wp-content/plugins dan cari folder mojo marketplace, mouse click kanan pada folder dan delete.
  • Anda boleh cuba akses akaun admin wordpress anda semula.

file manager cpanel

Setelah hampir seminggu kami lihat tiada perubahan daripada pihak Hostgator, akhirnya pihak kami cuba hubungi pihak mereka semalam untuk mendapatkan penjelasan. Tetapi nampak gaya sepertinya pihak mereka tidak tahu berkenaan masalah ini. Pelik juga adakah pengguna lain tidak aware berkenaan masalah ini dan solve sendiri, bagaimana pula bagi mereka yang ada masalah untuk solve sendiri ?

masalah hostgator hostgator issue

Diharap pihak Hosgator dapat menyelesaikan masalah QuickInstall untuk WordPress ini secepat mungkin untuk mengelakkan klien atau pelanggan yang akan datang mengalami masalah yang sama. Sebelum ini tiada masalah sebegini cuma mungkin masalah caching atau latency yang mengambil masa kerana servernya yang berada di US.

Setelah sekian lama menggunakan Hostgator untuk web hosting disebabkan oleh pakej mereka yang termasuk dengan WHM Cpanel dan WHMCS, kemungkinan selepas ini pihak kami akan transfer kesemuanya ke Game Dedicated Server milik kami yang terletak di Asia untuk spesifikasi dan latency ping yang lebih baik. Sekarang pihak Hosting Malaya masih mengambil kira dari sudut kos license dan perihal lain yang perlu ditetapkan sebelum penukaran ini berjalan.

Jom baca ‘Kepentingan Laman Web Dalam Perniagaan’ disini : https://hostingmalaya.com/kepentingan-laman-web-dalam-perniagaan.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Web Hosting & Game Hosting atau inginkan pereka laman web untuk perniagaan anda, anda boleh hubungi kami melalui saluran dibawah :

Facebook : https://www.facebook.com/hostingmalaya
Email : admin@hostingmalaya.com
Whatsapp : +60177860670
Laman Web : hostingmalaya.com

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.