Game HostingHostingTutorial

Tutorial Get Support Dari Hosting Malaya

tutorial get support hosting malaya

Tutorial Get Support dari Hosting Malaya ini dibuat khas untuk pelanggan Hosting Malaya yang memerlukan panduan bagaimana untuk ‘Submit Ticket’ untuk apa-apa pertanyaan ataupun permasalahan kepada pihak Hosting Malaya.

Anda boleh mendapatkan Help & Support daripada Hosting Malaya sama ada daripada technical issue mahupun billing issue. Kebanyakan daripada pengguna tidak menggunakan sistem Get Support dengan betul, jadi diharap tutorial kali ini dapat memudahkan pengurusan kita bersama.

  1. Login akaun billing anda disini : http://billing.hostingmalaya.com/clientarea.php. Masukkan email dan password anda dan klik butang Login.
    login billing hosting malaya
    Tekan butang ‘Forgot Password?’ sekiranya anda lupa password anda untuk sistem reset password anda.
  2. Setelah anda berjaya login, klik pada butang ‘Open Ticket’.
    open ticket hosting malaya
  3. Terdapat 2 pilihan. Sekiranya masalah anda berkaitan dengan billing, pilih Billing Department. Sekiranya masalah anda berkaitan teknikal, pilih Technical Department.
    department hosting malaya
  4. Isi Subject, department, related services (sekiranya berkaitan dengan servis yang anda langgan bersama Hosting Malaya), serta message tentang pertanyaan atau permasalahan yang anda hadapi. Anda juga boleh attach gambar yang boleh membantu kami menyelesaikan masalah anda dengan lebih cepat dan mudah.

Mudah kan ? Anda cuma perlu tunggu reply daripada pihak Hosting Malaya. Kebiasaannya kesemua ticket akan dibalas dalam masa 24jam. Semoga urusan kita sama-sama akan jadi lebih mudah 🙂

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Web Hosting ataupun Game Hosting, anda boleh layari hostingmalaya.com atau Whatsapp terus kami di 0177860670.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.