HostingLaman WebTips

Tips Meningkatkan Trafik Blog

Tips Meningkatkan Trafik Blog

tips meningkatkan trafik blog

Artikel kali ini agak panjang kerana sekiranya untuk mengupas tips meningkatkan trafik blog ataupun laman web melalui beberapa cara efektif. Namun yang akan saya tekankan ialah daripada pemerhatian saya terhadap kebanyakan blog yang saya layari setiap hari.

1.Tajuk Artikel Yang Menarik

Tajuk artikel merupakan salah satu faktor penting sebagai ‘daya penarik‘ pembaca untuk melayari laman web yang anda promosikan. Sebagai contoh, sekiranya anda berada dalam group kanak-kanak atau remaja, berkemungkinan besar niche yang sesuai dipromosikan menjadi daya penarik adalah seperti permainan video, teknologi, hiburan dan sebagainya. Sekiranya anda dalam group yang lebih dewasa seperti kekeluargaan, niche yang berkemungkinan sesuai adalah kesihatan, kecantikan dan kekeluargaan. Namun ada juga sekarang yang sanggup membuat artikel palsu seperti tajuk yang gah, tetapi isi dan contentnya tidak ada, mungkin ingin memperdaya untuk mendapatkan hits untuk iklan mereka.

2. Meletakkan ruang komen untuk blogger/laman web

Bagi saya, apabila anda meletakkan ruang komen untuk blogger-blogger atau pemilik laman web lain, itu bermaksud anda menerima komen-komen daripada mereka. Ada sesetengah blogger yang cuma menerima komen daripada Google Account sahaja dimana apabila menggunakan Google Account, pemilik laman web yang tidak menggunakan blogspot sukar untuk mendapatkan backlink dengan mudah. Jadi, interaksi dengan pelawat yang tidak menggunakan Google Account agak kurang. Ada juga yang cuma menyediakan komen untuk Facebook akaun sahaja sedangkan kebanyakan blogger ingin mereka di’ singgah kembali’ oleh anda. Dengan meletakkan komen Facebook cuma hanya akan mempromosikan akaun facebook.

3.Ping artikel anda di aggregator ping seperti babab.net, laman sosial

Antara tips meningkatkan trafik blog anda ialah dengan menggunakan aggregator ping dimana anda boleh ping artikel-artikel anda disana. Kelebihan yang saya lihat pada babab.net ialah laman aggregator ini mempunya fungsi ‘auto ping’ dimana anda tidak perlu ping setiap artikel anda. Beberapa tahun lepas semasa saya masih aktif berblogging, perlu ping bagi setiap artikel di laman aggregator. Apabila anda ping artikel anda di aggregator , anda dapat trafik daripada laman web pengguna aggregator lain apabila artikel anda terpampang di blog mereka.

4.Rajinkan diri blogwalking.

Asyik kita yang mahu orang singgah ke blog kita, bagaimana pula kita, singgah atau tidak ke blog mereka? Blogwalking bukan sahaja boleh memberikan anda informasi baru, malah dapat saling mengenali sesama bloggers. Selain itu, apabila anda memberikan komen kepada blog lain, secara tidak langsung anda dapat ‘tempias’ backlink daripada mereka SEKIRANYA anda meletakkan link anda di blog mereka, dan secara tidak langsung mereka akan singgah juga ke blog anda. Give and Take !

5.Membuang iklan2 yang mengganggu pembaca 

Sejak akhir-akhir ini ramai spammers facebook (saya jangka fake akaun) yang meletakkan link artikel mereka di kebanyakan group facebook termasuklah group perniagaan dan sebagainya untuk meraih trafik yang tinggi. Tajuk artikel sangat menarik, tetapi sangat sesak dengan iklan. Perlu klik ini, klik itu untuk membaca artikel mereka. Yang lagi panas, klik-klik dalam takda content. Sekali singgah cukup selepas ini ‘mark’ tak masuk lagi blog tersebut !

6.Blog yang ringan serta responsive

Blog yang ringan juga menjadi salah satu faktor untuk mendapatkan trafik yang tinggi. Sekiranya blog anda terlalu berat, perlu load youtube la, muzik la dan sebagainya, agak menyusahkan pelawat yang mempunyai internet yang agak ‘kureng’. Tidak semua pembaca mahu menunggu lama untuk membaca artikel anda, lebih pantas laman web anda, lebih baik bagi mereka. Sekiranya anda memerlukan tips bagaimana untuk meringankan blog anda, boleh layari artikel saya disini : http://hostingmalaya.com/cara-melajukan-website-anda/. Blog yang responsive amat bagus bagi apa juga platform seperti desktop ataupun telefon pintar kerana template blog anda akan mengikut saiz platform yang digunakan.

7.On-Page SEO

On-Page SEO sangat penting untuk SERP (Search Engine Result Page) dimana sekiranya blog anda mesra SEO, log anda akan berada antara page terawal dalam carian Google. Terlalu banyak cara untuk ‘optimize’ SEO untuk blog antaranya ialah :

  1. Menggunakan tajuk artikel daripada 40-70 aksara
  2. Mempunyai link ke pautan luar
  3. Fokus keyword terdapat pada link , tajuk artikel dan juga content artikel
  4. Menggunakan meta tag, meta description tag, serta alt text untuk picture.

Terdapat pelbagai lagi cara untuk memperbaiki SEO blog dimana saya akan fokuskan bahagian ini pada artikel yang akan datang.

8.Penulis Jemputan

Menjadi penulis jemputan untuk blog lain yang mempunya trafik yang tinggi, bukan sahaja anda boleh mendapatkan backlink daripada blog mereka (sekiranya anda meletakkan link blog anda), malah anda dapat menggunakan SEO blog mereka. Sebagai contoh, perkataan ‘tips meningkatkan trafik blog’ merupakan perkataan yang anda gunakan sebagai penulis jemputan di blog mereka, apabila mereka membaca artikel tersebut, secara tidak langsung akan ada backlink ke blog anda pula. Ada yang menyediakan servis berbayar sebagai penulis jemputan, ada juga yang percuma.

Ada pelbagai lagi tips meningkatkan trafik blog anda sama ada dari jangka masa pendek ataupun panjang. Diharap artikel kali ini dapat membantu anda dalam meningkatkan trafik blog anda.

Mahukan Hosting Malaysia Murah ? Dapatkan di http://billing.hostingmalaya.com/ .

Kelebihan Hosting kami :

  1. Uptime 99.9% . Website anda sentiasa online, tiada masalah server down atau sebagainya.
  2. Menggunakan Cpanel. Dengan menggunakan Cpanel, amat mudah untuk anda monitor serta manage website anda.
  3. Sekiranya anda kurang pengetahuan dalam coding, ada juga disediakan SiteBuilder untuk memudahkan anda membuat website secara drag and drop.
  4. Disediakan 4500 Website templates secara PERCUMA selagi anda melanggan hosting kami.
  5. Disediakan 400+ Video Tutorials sekiranya anda ingin belajar dengan lebih mendalam tentang Web Hosting.

22 Comments

    • Admin
        • Admin
    • Admin
    • Admin
    • Admin
    • Admin
    • Admin
    • Admin
    • Admin
    • Admin

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.