HostingLaman WebTips

Tips Memilih Web Hosting

Tips Memilih Web Hosting

tips memilih web hosting

Hosting Malaya merupakan salah satu daripada reseller Hostgator iaitu sebuah syarikat hosting terkemuka di dunia. Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi tips memilih web hosting dengan baik supaya laman web anda tidak mengalami masalah seperti ‘server down’ dan sebagainya.

Apakah ciri-ciri web hosting terbaik?

  • Web Hosting Uptime yang tinggi. Uptime disini bermaksud web hosting tersebut kurang jangka masa ‘down’ daripada masalah DDoS atau masalah berkaitan daripada server. Kami reseller Hostgator dijamin uptime 99%. Buat masa ini, tiada komplen atau rungutan dari pelanggan kami tentang masalah ‘server down’.
  • Harga yang berpatutan dengan pakej dan servis. Tidak semestinya pakej yang murah adalah yang terbaik. Anda boleh buat perbandingan harga dan juga survey apakah testimonial pelanggan mereka untuk ketahui prestasi pengendali servis hosting tersebut. Lihat spesifikasi yang diberikan dari segi addon domain, subdomain, bandwith dan storage web hosting tersebut, pastikan sesuai dan cukup untuk anda kendalikan laman web anda. Ada juga hosting yang menyediakan pakej yang murah, tetapi customer service mereka agak lambat atau tidak menyediakan customer service.
  • Kelebihan hosting tersebut. Setiap hosting mempunyai kelebihan masing-masing seperti template laman web percuma ataupun servis percuma. Hosting Malaya menggunakan Cpanel dimana pengguna dapat menguruskan laman web dengan mudah dan pantas. Pelanggan Hosting Malaya dapat menikmati 4500 templates laman web secara percuma serta 500+ video tutorial dan 680+ artikel sekiranya anda ingin mendalami cara mengendalikan web hosting dengan lebih mendalam. Selain itu, data laman web pelanggan dibekalkan autobackup setiap minggu sekiranya berlaku masalah dan memerlukan rollback data. Dengan menggunakan web hosting juga, anda dapat menggunakan email komersial berdasarkan domain seperti ‘admin@hostingmalaya.com’. Selain itu juga, QuickInstall merupakan salah satu aplikasi yang memudahkan pengguna dimana dengan ‘One Click Install‘ anda sudah boleh menggunakan laman web tersebut. Feature seperti ini semestinya memudahkan pengguna khasnya untuk pengendali laman web yang masih baru dalam menggunakan web hosting.

Ada pelbagai web hosting malaysia yang semakin meningkat naik dengan harga yang juga berpatutan, namun berhati-hati dalam memilih kerana laman web juga merupakan salah satu tanda aras kestabilan bisnes yang anda lakukan. Laman web bukan sahaja sebagai sumber informasi pengguna, malah laman web juga boleh mengurus bisnes anda dari segi maklumat pelanggan, pembayaran secara online serta pelbagai lagi boleh dilakukan menggunakan laman web.

Diakhir artikel ini saya sediakan tips memilih web hosting khas daripada saya sendiri berdasarkan pengalaman saya lebih 5 tahun menggunakan web hosting sebelum ini :

  • Gunakan Web Hosting Provider yang diakui berjaya dan mempunyai customer service 24jam. Sebelum ini saya menggunakan web hosting server malaysia, namun disebabkan oleh ‘DDoS attack’ yang melumpuhkan laman web, saya bertukar servis kepada Hostgator di Amerika. Walaupun kedudukan server agak jauh, tetapi boleh dipercayai dan tiada ‘downtime’
  • Kelebihan hosting amat penting. Ada hosting yang menawarkan unlimited segala-galanya namun terpaksa share resources web hosting dengan pelanggan mereka yang lain. Hal ini sedikit sebanyak menjejaskan laman web kita sendiri. Pastikan Web Hosting tersebut memberi akses kepada anda untuk menambah domain baru, menambah subdomain serta menambah database dan sebagainya.Ramai yang beranggapan menggunakan laman web untuk bisnes mereka agak sukar namun hakikatnya ianya memudahkan serta mengurus bisnes anda dengan baik. Yang paling penting adalah pengurusan backup data laman web anda. Pastikan kelebihan ini ada pada hosting pilihan anda.

Diharap tips memilih web hosting terbaik yang saya berikan ini dapat memberi input sedikit sebanyak membantu anda dalam memilih web hosting terbaik. Sekiranya anda ingin mendapatkan Web Hosting daripada Hosting Malaya, anda boleh melakukan order disini : http://billing.hostingmalaya.com

Diantara pelanggan kami :

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.