Game HostingHostingTipsUncategorized

Perbezaan Jenis Hosting

Perbezaan Jenis Hosting

perbezaan jenis hosting

Apabila disebut tentang hosting, masih ada yang keliru tentang perbezaan jenis hosting.Untuk artikel kali ini saya akan memberikan perbandingan untuk Shared, VPS, Dedicated dan Cloud Server. Ada pelbagai syarikat hosting yang memberikan servis hosting yang berlainan dan anda perlu tahu sebelum membuat keputusan menggunakan servis mereka.

Shared Web Hosting

Shared Web Hosting adalah antara pakej hosting yang paling murah dan berbaloi. Sangat bagus untuk mereka yang ingin hosting website atau blog kecil dimana tidak banyak menggunakan spesifikasi web hosting. Antara sebab Shared web hosting mempunyai harga yang murah adalah kerana semua klien yang menggunakan shared hosting mereka akan menggunakan resource yang sama seperti RAM dan sebagainya. Hosting Malaya menyediakan pakej Hosting RM6/bulan atau RM60/tahun untuk Web Hosting http://billing.hostingmalaya.com/cart.php?gid=1 .

Virtual Private Server (VPS)

Virtual Private Server adalah lebih kurang dengan dedicated server dimana pengguna diberikan ‘full root access’ bermaksud anda boleh akses apa sahaja VPS anda tanpa halangan. Harga VPS ada yang murah , ada yang agak mahal bergantung kepada servis yang ditawarkan serta spesifikasi VPS tersebut. Kebiasaannya setiap VPS mempunyai IP Address tersendiri . Kebiasaannya VPS ditawarkan bergantung kepada spesifikasi bandwith, RAM memory, Disk Space dan pelbagai lagi. Namun, beberapa VPS boleh ditempatkan dalam 1 server yang sama. Seperti Pakej Game Hosting kami, kami menggunakan VPS untuk menjalankan game klien http://hostingmalaya.com .

Dedicated Server

Dedicated Server pula menawarkan spesifikasi yang lebih tinggi tetapi harganya agak mahal dan tinggi. Pengguna juga mendapat full root access dan anda boleh lakukan apa sahaja dengan server anda. Anda boleh lakukan apa sahaja, seperti buat web hosting,VPS, VPN dan pelbagai lagi.

Cloud Server

Cloud Server adalah hampir sama dengan VPS mempunyai spesifikasi yang pelbagai, perbezaannya adalah VPS sekiranya mempunyai masalah akan memberi kesan kepada pengguna VPS tersebut, tetapi Cloud Server walaupun menggunakan gabungan spesifikasi cloud lain, tetapi sekiranya salah 1 cloud mempunyai masalah, tidak akan menjejaskan cloud server yang lain

Diatas telah saya jelaskan sedikit perbezaan penting bagi jenis-jenis hosting tersebut. Diharap informasi ini dapat diguna pakai untuk anda memilih hosting terbaik.

Mahukan Web Hosting Murah? http://billing.hostingmalaya.com/cart.php?gid=1

Mahukan Game Hosting Murah? http://billing.hostingmalaya.com/cart.php?gid=2

Mahukan Servis Ragnarok Online? http://billing.hostingmalaya.com/cart.php?gid=4

6 Comments

    • Admin
  1. haqem
    • Admin
    • Amir

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.