Laman WebTips

Penggunaan SEO dalam Imej

Penggunaan SEO dalam Imej

penggunaan seo dalam imej

Apakah itu SEO?

SEO merupakan salah satu proses yang memberi kesan kepada agen carian seperti Google Search. Ada pelbagai target untuk SEO di agen carian seperti Image Search, Video Search, Academic Search dan juga Keyword Search. Tutorial saya kali ini fokus kepada Image Search dan juga kesannya kepada Keyword Search.

Apakah kepentingan SEO dalam Imej atau Gambar ?

Ada pelbagai cara untuk penggunaan SEO dalam imej atau gambar yang saya akan terangkan serba sedikit dibawah. Persoalannya, penting atau tidak SEO dalam imej atau gambar ? Adakah SEO dalam imej atau gambar ini akan membantu memberikan trafik kepada blog anda ? Anda boleh baca artikel bagaimana untuk menambah trafik disini : http://hostingmalaya.com/tips-meningkatkan-trafik-blog .

Bagaimana untuk menggunakan SEO dalam Imej atau Gambar ?

Ada pelbagai cara untuk menggunakan SEO dalam imej atau gambar. Antaranya :

1.Nama gambar yang anda gunakan di blog anda.

Ada yang memandang remeh hal ini, tapi sebenarnya, nama gambar yang digunakan adalah penting untuk SERP (Search Engine Result Page). Gunakan nama gambar yang berkaitan dengan artikel anda. Sekiranya artikel atau post anda berkenaan dengan ‘Iphone 6S‘, rename gambar tersebut kepada ‘Iphone6s.jpg‘ atau yang berkaitan dengan artikel dan gambar anda.

2.Gunakan gambar yang ringan.

Gambar yang ringan memudahkan pelawat blog anda mudah untuk load gambar-gambar yang anda letakkan di post anda. Sekiranya gambar anda bersaiz besar, amat menyukarkan dan memperlahankan kelajuan blog anda. Ada pelbagai aplikasi yang boleh mengurangkan saiz gambar tanpa mengurangkan kualiti gambar, seperti http://www.picresize.com .

3. Gunakan ALT TAG pada gambar.

Anda disarankan menggunakan ALT tag pada gambar supaya gambar tersebut mudah untuk diindex pada agen carian seperti Google Search. Tajuk yang digunakan amat penting kerana tajuk tersebut boleh menjadi keyword penting kepada agen carian untuk menyenaraikan blog anda apabila keyword tersebut digunakan. Saya sertakan contoh html code untuk gambar saya diawal artikel ini :

<img class=”wp-image-217 size-full aligncenter” src=”http://hostingmalaya.com/wp-content/uploads/2015/12/gambar-seo.jpg” alt=”penggunaan seo dalam imej” width=”693″ height=”693″ />

4. Resolusi gambar yang sesuai.

Resolusi gambar juga amat penting kerana terdapat social media seperti Facebook yang tidak dapat menggunakan gambar yang bersaiz terlalu kecil sebagai thumbnail. Saya sarankan gambar yang bersaiz lebih besar daripada 200×200 pixels.

Itu sahaja perkongsian saya pada kali ini. Diharap artikel kali ini dapat memberi manfaat kepada anda dan selamat berblogging !

Mahukan Hosting Malaysia Berkualiti ? Dapatkan di http://billing.hostingmalaya.com/ .

Kelebihan Hosting kami :

  1. Uptime 99.9% . Website anda sentiasa online, tiada masalah server down atau sebagainya.
  2. Menggunakan Cpanel. Dengan menggunakan Cpanel, amat mudah untuk anda monitor serta manage website anda.
  3. Sekiranya anda kurang pengetahuan dalam coding, ada juga disediakan SiteBuilder untuk memudahkan anda membuat website secara drag and drop.
  4. Disediakan 4500 Website templates secara PERCUMA selagi anda melanggan hosting kami.
  5. Disediakan 400+ Video Tutorials sekiranya anda ingin belajar dengan lebih mendalam tentang Web Hosting.

8 Comments

    • Admin
    • Admin
    • Admin
    • Admin

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.