DomainLaman WebTips

Kesan Aggregator Babab.net Terhadap Trafik

Kesan Aggregator Babab.net Terhadap Trafik

babab.net

Babab.net merupakan salah satu aggregator site yang terbesar di Malaysia. Fungsi aggregator ialah anda sebagai blogger boleh auto ping post terbaru anda di laman web mereka dengan memasukkan code auto ping mereka. Mudah sahaja. Terbitkan artikel terbaru dan artikel anda akan ‘auto ping’ dan dimasukkan dalam laman web mereka.

Caranya mudah sahaja. Masukkan code autoping mereka di blog anda di widget atau sebagainya yang sesuai. Anda boleh dapatkan auto ping code tersebut disini : http://babab.net/getcode . Selepas anda masukkan code auto ping tersebut, anda lihat status domain anda adakah telah berjaya dikesan dan dikemaskini oleh Babab.net disini : http://babab.net/semak. Di pautan tersebut, anda juga dapat melihat artikel anda yang telah dikemaskini oleh Babab.net

Sekiranya anda telah meletakkan code auto ping tersebut di blog anda, anda boleh mendapat trafik daripada pengguna aggregator yang lain yang meletakkan widget tersebut. Apabila anda mendapat trafik daripada Babab.net, secara tidak langsung anda juga mendapat backlink daripada mereka. Bagi blogger baru ataupun yang masih belum hebat trafik mereka, boleh mencuba cara ini untuk menambah trafik ke blog anda.

Anda juga boleh dapatkan tips menambahkan trafik blog melalui artikel saya sebelum ini : http://hostingmalaya.com/tips-meningkatkan-trafik-blog .Sekiranya anda ingin mengikuti artikel daripada Hosting Malaya, anda boleh isikan email anda di sidebar kiri blog ini dimana anda boleh mendapatkan informasi tentang dunia laman web, hosting dan game hosting. Semoga artikel kali ini membantu sedikit sebanyak dalam menambahkan trafik blog anda.

Mahukan Web Hosting Anti DDOS ? Dapatkan di http://billing.hostingmalaya.com/ .

Kelebihan Hosting kami :

  1. Uptime 99.9% . Website anda sentiasa online, tiada masalah server down atau sebagainya.
  2. Menggunakan Cpanel. Dengan menggunakan Cpanel, amat mudah untuk anda monitor serta manage website anda.
  3. Sekiranya anda kurang pengetahuan dalam coding, ada juga disediakan SiteBuilder untuk memudahkan anda membuat website secara drag and drop.
  4. Disediakan 4500 Website templates secara PERCUMA selagi anda melanggan hosting kami.
  5. Disediakan 400+ Video Tutorials sekiranya anda ingin belajar dengan lebih mendalam tentang Web Hosting.

14 Comments

    • Admin
    • Admin
    • Admin
    • Admin
    • Amir

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.