Tips

Kepentingan Teamviewer Kepada Developer

Kepentingan Teamviewer Kepada Developer

teamviewer

Pernah atau tidak anda dengar tentang Teamviewer ? Teamviewer merupakan salah satu software penting kepada developer kerana software ini memainkan peranan dalam remote control, atau dengan kata lain,mengawal komputer atau Mac lain. Baru-baru ini, software ini juga dapat digunakan pada mobiles seperti Android, iOS dan BlackBerry.

Ada pelbagai kegunaan Teamviewer dalam membantu developer menjalankan tugas. Antaranya ialah sebagai remote control iaitu mengawal komputer lain untuk pelbagai tujuan. Antaranya, memperbetulkan aplikasi di komputer klien secara online, tanpa datang ke rumah mereka! Begitu juga dengan membantu klien dalam installation software atau sistem, mengakses komputer anda dari jarak jauh dan juga Online meeting menggunakan Teamviewer. Sekiranya anda tertinggal slide presentation anda di rumah, jangan risau kerana anda boleh mendownload fail anda secara remote sahaja sekiranya anda menggunakan software ini. Syaratnya anda perlu mempunyai internet akses sahaja antara device yang anda gunakan.

teamviewer mobile

Saya membangunkan Reunite Ragnarok Online dan software ini telah membantu saya beberapa tahun kebelakangan ini untuk menyelesaikan masalah installation Ragnarok Online yang dihadapi oleh klien secara online sahaja. Tentunya software ini memudahkan anda dalam memberikan servis yang baik kepada klien anda.

Jadi sebagai ringkasan, Teamviewer membantu dalam :

  • Akses komputer anda dirumah menggunakan telefon pintar anda.
  • Mengawal komputer anda daripada telefon pintar (jarak jauh).
  • Mengawal komputer klien dalam installation, maintenance atau troubleshooting masalah klien.
  • Online Meeting

Diharap perkongsian kali ini dapat memberikan kemudahan kepada anda dalam memberikan servis yang lebih baik dan memudahkan kehidupan seharian anda dalam menggunakan komputer.

Mahukan Web Hosting RM6 Sebulan ? Dapatkan di http://billing.hostingmalaya.com/ .

Kelebihan Hosting kami :

  1. Uptime 99.9% . Website anda sentiasa online, tiada masalah server down atau sebagainya.
  2. Menggunakan Cpanel. Dengan menggunakan Cpanel, amat mudah untuk anda monitor serta manage website anda.
  3. Sekiranya anda kurang pengetahuan dalam coding, ada juga disediakan SiteBuilder untuk memudahkan anda membuat website secara drag and drop.
  4. Disediakan 4500 Website templates secara PERCUMA selagi anda melanggan hosting kami.
  5. Disediakan 400+ Video Tutorials sekiranya anda ingin belajar dengan lebih mendalam tentang Web Hosting.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.