Laman WebTips

Kelebihan Memiliki Laman Web

kelebihan memiliki laman web

Perkongsian kali ini adalah berkenaan kelebihan memiliki laman web dan kenapa laman web penting khususnya kepada perniagaan anda. Laman web mencakupi pelbagai bahagian seperti sistem, aplikasi, informasi dan pelbagai lagi. Ikuti saya untuk membuka minda anda tentang kepentingan laman web bagi perniagaan anda.

Kedai Online vs Kedai Fizikal

Antara kesukaan usahawan internet adalah menggunakan laman web sebagai ‘kedai online’. Laman web berbeza dengan ‘kedai fizikal’ dimana laman web boleh dilayari setiap masa 24 jam berbanding kedai fizikal yang hanya dibuka pada peak hour sahaja.

Kos pengurusan kedai fizikal kebiasaannya lebih tinggi daripada kedai online dari segi sewaan kedai, penggajian staff, bil air dan elektrik dan lain-lain. Pelanggan pula kebiasaannya terhad di kawasan tersebut sahaja berbanding dengan kedai online, anda boleh perkenalkan produk anda dengan lebih meluas.

kedai online

Pembayaran Secara Online – Cepat dan Mudah 

Bukan itu sahaja, ‘kedai online’ ini juga berfungsi untuk menjalankan transaksi secara online, pantas dan mudah ! Pembeli boleh terus membuat pembelian melalui laman web tersebut, dan pemilik laman web boleh terus membuat semakan dan deliver pembelian tersebut kepada pembeli.

Pembeli juga tidak perlu untuk ke mana-mana hala tuju untuk membuat pembayaran kerana pembayaran secara online boleh dilakukan dimana-mana walaupun hanya menggunakan telefon pintar. Segalanya dihujung jari. Cewah !

Menyalurkan Informasi Dengan Tepat

Laman web juga berfungsi untuk menyalurkan informasi dengan tepat dan cepat. Seiring dengan kemajuan teknologi maklumat, informasi lebih mudah difahami dan sampai kepada pembaca dengan adanya teks, imej/gambar dan video.

Penyampaian informasi yang baik sangat membantu pembeli untuk membuat keputusan untuk membeli produk anda. Pada bahagian inilah anda boleh ‘memukau pelanggan’ anda untuk membeli produk anda melalui copywriting dan penyampaian yang tepat dengan pembeli.

customer database

Database Pelanggan

Ini satu kelebihan yang sangat power dan awesome untuk usahawan internet. Kalau kedai fizikal, memang sukar anda nak dapatkan database pelanggan, dimana memang anda takkan minta pun details mereka kebiasaannya. Keep in mind, mereka bukan membeli produk itu sekali sahaja. Mereka boleh repeat order atau beli produk lain yang berkaitan.

Apa anda boleh buat dengan database pelanggan ? Anda nak buat promosi, gunakan contact pelanggan tersebut dan tawarkan promosi tersebut kepada mereka. Mereka yang pernah membeli dengan kita, TRUST mereka lebih tinggi daripada pembeli kali pertama.

Nak lagi power, masukkan database pelanggan dalam pengiklanan, dan iklan-iklan anda akan menghantui mereka.

Kos Pengiklanan Murah dan Spesifik

Marketing. Sekiranya anda mempunyai kedai fizikal, kos pengiklanan anda adalah bisnes kad, flyers, design bag plastik dan sebagainya, berbeza dengan kedai online. Secara online, anda boleh paparkan iklan anda di Facebook, Google atau Instagram dengan kos yang murah, dan spesifik kepada jenis pelanggan yang anda mahu.

Anda boleh spesifikkan tempat tempat tinggal, umur, jantina, dan minat pelanggan yang berkenaan dengan produk anda. Ingat tak database pelanggan yang kita dapat diatas ? Anda boleh target iklan2 anda untuk dipaparkan kepada mereka juga ! Teknik halus ‘menggoda pelanggan’ untuk beli produk anda. Awesome tak ?

fb ads vs google ads

Ingin ketahui cara untuk beriklan di Facebook ? Klik disini : http://offer.niagainternet.com/likemethod
Ingin ketahui cara untuk beriklan di Google ? Klik disini : http://offer.niagainternet.com/adwordsmethod

Haa macam mana ? Awesome kan kelebihan memiliki laman web ? Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan memiliki laman web seperti integrasi sistem dengan email marketing, collect prospect database, facebook pixel dan pelbagai lagi yang sangat berguna untuk perniagaan anda.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Web Hosting & Game Hosting atau inginkan pereka laman web untuk perniagaan anda, anda boleh hubungi kami melalui saluran dibawah :

Facebook : https://www.facebook.com/hostingmalaya
Email : admin@hostingmalaya.com
Whatsapp : +60177860670
Laman Web : hostingmalaya.com

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.