GamesHosting

Kebangkitan Reunite Ragnarok Online

Kebangkitan Reunite Ragnarok Online

Ragnarok OnlineMasihkah anda ingat pada permainan atas talian 3D pertama di Malaysia ? Ya, Ragnarok Online merupakan MMORPG pertama yang bertapak di Malaysia, malah dalam Bahasa Melayu. Walaupun begitu, beberapa tahun lepas, server Ragnarok Online Official untuk Malaysia telahpun ditamatkan kerana kekurangan sumber kewangan dan juga tempoh kontrak telah tamat.

Namun begitu, saya telah mengambil inisiatif beberapa tahun lepas membangunkan Reunite Ragnarok Online bermula dari zaman ‘pre-renewal‘ dimana 3rd Class Job baru diperkenalkan.Pada masa ini, Ragnarok Online Private Server selalu diserang oleh mereka yang dengki melihat server asia bangun, sehingga kini kurang server asia dibangunkan.Ragnarok Online

Jatuh dan bangun saya bersama dalam membangunkan Reunite Ragnarok Online, kami bermula semula menggunakan mekanisme ‘renewal‘ dimana 3rd Class Job diperkenalkan secara menyeluruh serta pembangunan dari sudut skills dan variasi baru seperti Mount dan sebagainya.Semestinya sistem mount ini menjadikan Ragnarok Online antara game yang lebih comel serta menarik.

ragnarok mount system

Masih berminat untuk meneruskan pengembaraan anda dalam Ragnarok Online ? Mahu menggamit memori lama anda semasa bermain Ragnarok Online pada masa dulu ? Dalam jatuh bangun saya dalam Reunite Ragnarok Online, saya masih menyimpan data-data mereka dan baru-baru ini saya telah membangunkan kembali Reunite Ragnarok Online. Anda boleh download Reunite Ragnarok Online disini : http://reunite-ro.com/

reunite ragnarok online

Pelbagai events yang menarik menanti anda. Yang pasti, anda pasti akan mendapat rakan-rakan yang baru dalam dunia online. Sama-sama bangkit dan jatuh dalam permainan online. Selamat datang ke Reunite Ragnarok Online – Reborn Server !

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.