Game HostingTutorial

Cara Update Emulator Server Ragnarok Online

Cara Update Emulator Server Ragnarok Online

cara update emulator server ragnarok online

Kali ini saya akan memberikan pendedahan tentang cara update emulator server Ragnarok Online. Untuk pelanggan Hosting Malaya, kami menggunakan latest revision emulator oleh developer Rathena dan Hercules khususnya. Oleh itu, pemilik server dapat memberikan kemaskini yang terbaru kepada pemain-pemain dari segi pembetulan skills, effect item, perubahan am dan sebagainya.

Untuk klien Hosting Malaya, setiap server dimasukkan GIT . Dengan menggunakan GIT, anda boleh mendapatkan update revision emulator server anda dengan pantas dan mudah. Diantara kelebihan menggunakan Hosting Malaya adalah percuma Data Backup mingguan dimana data player adalah data yang kritikal. Sebelum ini, saya pernah berurusan dengan beberapa hosting yang telah mem’format’ data server yang disewa tanpa pemberitahuan atau backup terlebih dahulu. Oleh sebab itu, Hosting Malaya amat menitikberatkan data pemain server anda supaya perkara yang sama tidak terjadi kepada anda.

Anda boleh mendapatkan servis hosting kami disini : http://billing.hostingmalaya.com

Untuk mengupdate server ke revision terbaru :

  1. Login putty anda.
  2. Masuk ke main folder emulator anda gunakan ‘cd rathena‘ ataupun ‘cd hercules‘ (di dalam folder trunk).
  3. Taip ‘git pull origin master‘ dan server anda akan memuat turun faill-fail terbaru server.
  4. Compile file server anda. Taip .’./configure
  5. Taip ‘make clean‘, ‘make sql‘, dan ‘make server‘(make server untuk rathena sahaja)
  6. .Taip ‘./athena-start restart

Kemudian anda boleh cuba untuk login server anda. Diharap artikel kali ini dapat membantu bagaimana cara untuk update emulator server anda kepada latest revision (Sila backup itemdb anda sekiranya anda mempunyai custom item)

Mahukan Ragnarok Hosting Malaysia ? Dapatkan di http://billing.hostingmalaya.com 

2 Comments

    • Admin

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.