Game HostingTipsTutorial

Cara Semak Ping Server Dengan Mudah

Cara Semak Ping Server Dengan Mudah

cara semak ping server

Cara Semak Ping Server yang saya akan tunjukkan adalah dengan cara yang mudah, dan semua orang boleh lakukan. Namun, bergantung juga kepada routing network provider untuk kita pastikan sama ada masalah daripada server tersebut, atau daripada provider internet.

Ping adalah kadar capaian untuk sampai ke target server. Sebagai contoh kita ping ke server Singapore dan kita bandingkan dengan server Europe, sudah semestinya ping ke server Singapore lebih rendah (daripada Malaysia) kerana kedudukannya yang lebih dekat dengan Malaysia.

Secara lazimnya, sekiranya kedudukan server itu lebih dekat, lebih rendah hasil ping yang kita dapat. Lebih rendah, lebih baik dan tiada masalah delay. Sebab itu, server game biasanya akan memilih lokasi terdekat dengan mereka untuk mengelakkan delay semasa permainan berjalan.

Ada pelbagai cara untuk menyemak ping anda ke mana-mana server, yang anda perlukan hanyalah IP Address server tersebut. Boleh lihat cara-cara yang saya listkan dibawah :

  1. Ping.EU : http://ping.eu/ping/
    online pingAnda cuma perlu masukkan ip address atau hostname dan klik ‘Go’ . Ping ini adalah berdasarkan dari Europe ya, bukan Asia.
  2. Ping.MS : http://ping.ms/
    ping msUntuk Ping.MS, anda boleh ping ke beberapa lokasi dengan cara yang sama.
  3. Command Prompt
    command prompt
    Command Prompt pula adalah cara direct daripada komputer anda, ke server yang anda target. Caranya cuma dengan membuka command prompt dan taip ‘ping google.com‘ . Tukar google.com kepada IP Address yang anda target. Time di dalam gambar diatas ping ms komputer anda ke server yang anda target.

Sebenarnya, kesemua ini bergantung juga kepada routing internet provider anda ke server yang anda target. Baru-baru ini, TM mempunyai masalah routing ke salah satu server kami sehinggakan ping mencecah 200-300 yang sangat tidak masuk Akal. Namun masalah tersebut sudah selesai setelah kami memberi maklumat-maklumat yang terperinci tentang routing ke server game hosting kami.

Sekiranya anda ingin membuka Game Online dan ingin menggunakan Game Hosting kami, anda boleh hubungi kami melalui :

Facebook : https://www.facebook.com/hostingmalaya
Whatsapp : +60177860670

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.