Game HostingTutorial

Cara Patch Neoncube Patcher

Cara Patch Neoncube Patcher

cara patch neoncube patcher

Tutorial Cara Patch Neoncube Patcher kesinambungan daripada tutorial yang lepas iaitu Tutorial Setup Neoncube Patcher dimana tutorial kali ini lebih kepada cara untuk patching files seperti GRF atau GPF files ataupun .rar files yang akan saya terangkan satu persatu dengan lebih jelas dibawah.

Pada permulaanya, anda perlu tahu patch folder dan patch list anda. Patch Folder merupakan folder dimana kesemua files patch diletakkan (grf, gpf ataupun .rar) . Patch List pula ialah txt file yang menyimpan susunan patch yang perlu direlease kepada pengguna-pengguna patcher.

Apa yang anda perlu tahu paling asas ialah struktur file anda. Apakah file itu perlu berada dalam GRF ataupun pada folder RO sahaja ? Untuk pemahaman anda, saya akan berikan 2 contoh untuk membezakan dengan mudah perbezaan jenis file tersebut.

  1.  Sekiranya anda ingin mengupdate Iteminfo.lua dimana file tersebut sepatutnya berada di RO Folder dan bukan dalam GRF, maka anda perlu mengetahui struktur bagaimana untuk mencecah folder tersebut dari folder RO. (System/Iteminfo.lua) . Jadi, anda perlu mencipta folder System dan masukkan Iteminfo.lua tersebut dalam folder tersebut, kemudian compress kepada format .rar (iteminfo,rar).Kemudian, upload pada patch site dan edit patchlist.txt atau update.txt isikan 1<tab>FLD<tab>iteminfo.rar (sila tekan tab pada ruangan <tab>) . FLD bermaksud Folder dimana file akan diextract didalam folder RO pengguna patcher.
  2. Sekiranya anda ingin mengupdate clientinfo.xml, struktur file tersebut berada dalam GRF, jadi anda perlu membuat GRF untuk ‘menampal’ clientinfo.xml lama kepada yang baru. Anda boleh create new GRF menggunakan Gryff Svn kemudian letakkan file clientinfo.xml dan pastikan kesemua file berada dalam folder data . Save as format GRF sebagai contoh clientinfo.grf.Kemudian, upload pada patch site dan edit patchlist.txt atau update.txt isikan 1<tab>GRF<tab>clientinfo.grf (sila tekan tab pada ruangan <tab>) . GRF bermaksud file tersebut akan diextract didalam update GRF pengguna patcher.
  3. Selain itu, anda juga boleh delete files daripada RO folder dengan cara mengisikan seperti dibawah di dalam patchlist.txt ataupun update.txt :
    3<tab>FLD<tab>data\filenametodelete.xml*Ataupun delete files daripada GRF seperti dibawah :
    4<tab>GRF<tab>data\i_will_delete_you.txt*

Anda sudah tahu bagaimana proses patching ini berjalan dan diharap tutorial ini dapat membantu anda dalam membuat patch seperti patch custom item. Sekiranya anda mempunyai masalah, anda boleh komen dibawah dan kami akan reply komen-komen anda untuk membantu. Terima kasih daripada Hosting Malaya !

Mahukan Ragnarok Online anda sendiri ? Komen dibawah atau Whatsapp 0177860670 (Amir)

Leave a Comment

Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Dapatkan tips, promosi dan informasi terkini daripada Hosting Malaya khas kepada anda !

You have Successfully Subscribed!