DomainTutorial

Cara Menukar Nameserver Domain

Cara Menukar Nameserver Domain

cara menukar nameserver domain

Tutorial Cara Menukar Nameserver Domain ini khas untuk mereka yang membeli Domain daripada mana-mana hosting yang menggunakan WHMCS sebagai sistem pengendalian hosting. Hosting Malaya sudah mula membuka pembelian domain kepada client dengan harga seperti dibawah :

harga domain hosting malaya

Anda boleh mendapatkan domain percuma apabila anda mendapatkan mana-mana pakej Web Hosting atau Game Hosting yang kami tawarkan seperti dibawah :

Domain List : .tk, .ga, .ml, .cf and .gq

Walaupun yang demikian, domain .tk buat masa ini mempunyai masalah kerana pihak TM iaitu provider bagi Streamyx dan Unifi telah ‘block’ kesemua website .tk daripada diakses oleh pengguna mereka. Walaupun demikian, pengguna TM masih boleh mengakses laman web .tk dengan menggunakan ‘Google DNS‘ . Mungkin saya akan wujudkan tutorial tersebut pada lain hari.

Bagaimanakah cara untuk menukar Nameserver domain yang telah dibeli ?

  1.  Pastikan anda telah membeli domain tersebut. Klik pada ruangan domain.
    domain hosting malaya
  2. Klik pada domain yang anda ingin buat penukaran Nameserver.
    domain murah hosting malaya
  3. Klik pada Nameservers, pilih custom nameservers dan isi nameservers yang anda ingini. Sekiranya anda menggunakan Web Hosting Malaya, anda boleh letakkan nameservers seperti berikut :Nameserver 1 : ns1.hostingmalaya.com
    Nameserver 2 : ns2.hostingmalaya.com

    Kemudian, klik Change Nameservers
    tukar nameserver domain

Setelah itu, anda cuma perlu menunggu selama beberapa jam (maksimum 24jam) untuk domain anda propagate dengan nameserver domain tersebut. Kebiasaannya tidak lama, bergantung juga pada cache Internet Browser anda.

Sekiranya anda ada pertanyaan lanjut, anda boleh komen dibawah atau hubungi kami melalui Facebook Page kami : Hosting Malaya : https://www.facebook.com/hostingmalaya

Jom dapatkan web hosting di http://goo.gl/UnCREH .
Mahukan Ragnarok hosting ? http://goo.gl/2wt5tt

Leave a Comment

Subscribe To Our Newsletter

Subscribe To Our Newsletter

Dapatkan tips, promosi dan informasi terkini daripada Hosting Malaya khas kepada anda !

You have Successfully Subscribed!